Thursday, April 3, 2008

Lahirkan Semula Demokrasi Dalam UMNO

Semua telah ditakdirkan dan ditentukan oleh yang maha Esa. Kekalahan adalah perkara biasa bagi manusia tetapi kekalahan teruk dan mengaibkan BN/UMNO dalam Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU 12) yang lepas merupakan perkara yang amat luar biasa.

Ini merupakan sejarah yang tidak akan dilupakan oleh ahli UMNO ataupun pembangkang. Kealpaan, keegoan, keangkuhan, ketidakjujuran dan kegagalan pemimpin-pemimpin UMNO telah diterjemahkan oleh rakyat dalam PRU 12 baru-baru ini.

Ianya telah memberi ruang dan peluang seluas-luasnya kepada pembangkang yang ternyata begitu teruja dengan kemenangan yang tidak dijangka. Pemimpin-pemimpin UMNO pada hari ini perlu membuka mata dan telinga seluas-luasnya setelah dibutakan dan ditulikan dengan keangkuhan dan keegoan mereka selama ini.

Angin dan arus perubahan telah diteriakkan oleh ahli-ahli UMNO di akar umbi secara terang-terangan tanpa mengira latar-belakang. Akar umbi memerlukan bintang baru yang boleh mendengar rintihan mereka sebagai pemimpin.

Mereka telah muak dan jelak kerana mengikut arahan dan saranan pemimpin yang ternyata songsang dengan perjuangan UMNO yang sebenarnya iaitu memperjuangkan suara mereka. Mereka tidak mahu lagi pemimpin-pemimpin yang 'bobrok' memimpin parti.

Akar umbi tidak mahukan pembaharuan dasar atau polisi parti kerana apa yang mereka mahukan adalah perubahan kepimpinan kerana itu merupakan penawar yang terbaik untuk mengubati UMNO.

Ahli-ahli UMNO di akar umbi merupakan kekuatan kepada parti dan pemimpin UMNO. Akar umbi juga yang mempunyai hak dan tanggungjawab dalam meletak dan memartabatkan pemimpin mereka.

Pemimpin-pemimpin UMNO pada hari ini perlu membuka ruang seluas-luasnya kepada akar-umbi untuk memilih pemimpin yang boleh menjadikan UMNO kembali keramat. Demokrasi dalam UMNO perlu dilahirkan semula kerana ianya telah mati terlalu lama.

Diharapkan tiada usaha-usaha dan tawar-menawar yang diberikan oleh mana-mana pihak bagi menghalang Demokrasi dalam UMNO dilahirkan semula. Hanya Demokrasi yang dapat menyelamatkan UMNO pada hari ini.

4 comments:

sahabat gunung said...

Saya sokong pandangan saudara. UMNO bukannya perlukan perubahan dasar atau polisi, tetapi kepimpinan yang ada perlu di rombak, ditukar dan diberikan nafas baru agar perjuangan UMNO terus relevan.

sahabat gunung said...

”Melayu mesti melahirkan pemimpin yang berani mengeluarkan fikiran bernas kalau mahu terus maju. Dalam konteks Pemuda UMNO, bagaimana sifat berani ini harus dijelmakan?”.

TheTruth said...

UMNO still relevan pada org Melayu, yg x relevan adalah MCA, MIC, Gerakan yg x disokong oleh pengundi kaum-kaum mereka.....

gaban said...

kalau pemimpin umno skrg masih bertelagah salah menyalahkan sesama sendiri... tunggu la pru13, korang puak2 umno akan PR bungkuskan, hanya jd sejarah 55 tahun perintah...